Tutorial Rasmi Nutbox Walnut Versi 1 (25/8/2021)

in hive-155234 •  2 months ago 

海报.png

Taklimat Nutbox

Nutbox adalah sistem operasi DAO untuk Web3.0, dan juga projek kepelbagaian yang menggabungkan "social + DeFi". Dengan bantuan Crowd-Staking (Pertaruhan Amam), DAO Services dan Plugins (Perkhidmatan DAO dan Pemalam) dan DAO Governance Protocol (Protokol Pentadbiran DAO) yang disediakan oleh Nutbox, komuniti boleh membina modul pertaruhan komuniti sendiri dan platform DAO seperti membina pasangan perdagangan di Uniswap.

Pada masa yang sama, Nutbox mengandungi kandungan, NFT, dan komponen lain yang dapat digunakan oleh komuniti dengan mudah di DAO mereka sendiri. Peta jalan Nutbox dapat dibahagikan kepada tiga fasa pengembangan, iaitu Peanut (Nutbox v1), Walnut (Nutbox v2), dan Donut (Nutbox v3).

Pengenalan Tentang Nutbox Walnut

Apa Itu Walnut Network?

Nutbox Walnut terdiri daripada tiga modul: Crowd-Staking (Pertaruhan Amam), DAO Services dan Plugins (Perkhidmatan DAO dan Pemalam) dan DAO Governance Protocol (Protokol Pentadbiran DAO), dan ia dikaitkan dengan aset lain di rantai melalui kontrak Nutbox Bridge. Di Nutbox Walnut, pengguna dapat mempertaruhkan aset mereka dari rangkaian Polkadot, Ethereum 2.0, dan PoS yang lain.

Di Nutbox Walnut, pengguna dapat membina ekonomi pertaruhan rentas rantai komuniti mereka sendiri semudah membina pasangan perdagangan di Uniswap.

Apa yang Boleh Dilakukan oleh Walnut?

  1. Membina Modul Pertaruhan Komuniti

    Walnut membolehkan sesiapa sahaja membina platform pertaruhan komuniti yang terdesentralisasi, di mana pemegang aset pertaruhan boleh memilih validator (pengesah) komuniti atau memberi proksi penggunaan aset pertaruhan kepada komuniti untuk mendapat ganjaran yang diedarkan oleh komuniti. Kolam pertaruhan yang dibuat dengan Walnut bukan sahaja menyokong pengundian dan proksi, tetapi juga ganjaran komuniti untuk pertaruhan Liquid Credentials, pertaruhan, dan aset BEP20.

  2. Membina Media Sosial Komuniti Insentif

    Pemimpin komuniti boleh menggunakan Walnut untuk membina blog komuniti eksklusif mereka sendiri yang menyokong ahli komuniti untuk membuat kandungan, mendapat 'Like' atau komen, dan diberi ganjaran dengan STEEM atau token komuniti. Walnut membolehkan komuniti menyokong pembinaan komuniti dan interaksi sosial dengan menawarkan ganjaran NFT. Pada masa akan datang, Nutbox akan membolehkan komuniti membina lebih banyak Perkhidmatan DAO dengan lebih banyak komponen.

  3. Membina Modul Pentadbiran Komuniti

    Walnut dapat membiarkan pemimpin komuniti memulai pentadbiran yang terdesentralisasi dengan membina sesuatu sistem pengundian untuk proposal komuniti. Pentadbiran komuniti berdasarkan media sosial (iaitu blog komuniti) merendahkan kos penyertaan ahli komuniti sambil meninggikan kadar penyertaan.

Siapa yang Boleh Menyertai?

Nutbox Walnut adalah sesuatu platform terdesentralisasi yang terbuka sepenuhnya di mana sesiapa dan mana-mana komuniti dapat membina modul pertaruhan aset rentas rantai mereka sendiri.

Nutbox Walnut Network melancarkan testnetnya secara rasmi pada 25 Ogos 2021, ia menyokong blockchain seperti BSC, Steem, Hive, Polkadot, dan Parachain. Laman web utama Walnut dijadualkan dilancarkan pada bulan Oktober.

Cara Menyertai dalam Ujian

Persediaan

  • Wajib:

    1. Pasang MetaMask Wallet dan ubah ke rangkaian ujian Goerli
    2. Dapatkan 0.1 ETH ujian melalui https://faucetss.herokuapp.com
    3. Maklumat komuniti 【Termasuk nama komuniti, pengenalan komuniti, logo, sampul】
    4. Maklumat penting 【Termasuk nama aset, strategi pengedaran aset, maklumat kolam pertaruhan】
  • Perhatian:

    Hanya menyokong laman web untuk ujian Nutbox Walnut

  • Perakuan:

    Lebih baik menggunakan penyemak imbas Chrome

Tutorial Langkah demi Langkah

  • Tutorial Langkah demi Langkah

    Pastikan anda telah berubah ke rangkaian ujian Goerli dan harap bersabar jika pengesahan transaksi memerlukan masa yang lama.

0.png

Proses pembinaan dan video tutorial adalah seperti berikut, mari kita mulakan!

【Video Tutorial: https://test.nutbox.io/#/community/tutorials】
1.jpg

Langkah 0: Mendaftar Aset

Sekiranya anda mempunyai aset komuniti anda sendiri, tampalkan alamat kontrak anda dan lompat ke langkah 1. Sekiranya anda tidak memiliki aset komuniti anda sendiri, anda boleh menggunakan aset cadangan atau mencipta sesuatu. Berikut adalah langkah-langkah untuk mencipta aset baru dan mendaftarkannya di Walnut Network.

  • Klik Butang Register Community Asset
    3.png
    4.png

  • Isikan maklumat Token tersedia
    5.png

  • Setelah mencipta dan menjana Token, sandarkan alamat kontrak kemudian klik butang Register
    5-0.png

6.png

Langkah 1: Pilih Aset dan Tetapkan Strategi Pengedaran

  • Pilih aset yang dibina dan tetapkan strategi pengedaran Token
  • Strategi pengedaran dapat ditetapkan dalam beberapa tahap. Setelah setiap tahap selesai, klik butang Confirm Add, dan klik butang Deploy apabila semua selesai.

Langkah ini tidak dapat diubah setelah menetapkan, pastikan maklumat anda betul.

7-1.png

Langkah 2: Isikan maklumat komuniti

  • Isikan maklumat komuniti tersedia setelah strategi pengedaran selesai.

8-1.png

Langkah 3: Membina kolam pertaruhan

  • Klik butang Add Staking Pool dan tetapkan nisbah pembahagian keuntungan dan APY dll kolam anda.

9.png
11.png

  • Ingatlah untuk mengklik butang Update kolam anda

10.png

  • Kini anda dapat mendorongkan ahli komuniti anda untuk bergabung dengan ekonomi anda😀
    13.png

Maklum Balas Berbayar

Di atas adalah semua langkahnya, jika anda menghadapi bug ketika menggunakan Walnut, anda boleh menyertai Bug Bounty dan memberi maklum balas di Github. Sekiranya ia diterima pakai, anda akan mendapat PNUT sebagai ganjaran.
https://blog.nutbox.io/@nutbox/nutbox-walnut-bug-bounty-program


Diterjemahkan dari: Nutbox Walnut Official Tutorial Version 1 On 8/25/2021


640.gif

Tentang Nutbox

Nutbox adalah sesuatu kilang DAO sehenti untuk komuniti, menyediakan serangkaian alat (Crowd-staking, kilang DApp, dan kilang pentadbiran DAO) kepada pengasas bukan teknikal untuk memudahkan penciptaan platform DAO mereka sendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://nutbox.io


Alamat Web Nutbox

Lelong Slot | https://polkadot.nutbox.io
DOCS | https://docs.nutbox.io
Laman Web| https://nutbox.io/
Peanut | https://peanut.nutbox.io/

Menghubungi Kami

Steem: https://blog.nutbox.io/@nutbox.mine
Discord: https://discord.gg/zPkMuGY
Telegram: https://t.me/joinchat/HKSkL1tns74yODE1
Twitter: https://twitter.com/NutboxDao

nutbox.png

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

This is very informative. Thank you very much. I delegate SP to nutboxmine, but I have experience buying upvote. Do you know what the problem is ?

Hi thanks for supporting Nutbox.

Upvote purchase is subjected to availability and queue, if @nutbox.mine could not upvote your post in time, PNUT will be refunded to you.

The problem seems to have to be solved and I am able to buy upvote again. I will now consider increasing my delegation.

Awesome!