Program Duta Global NutboxsteemCreated with Sketch.

in hive-155234 •  7 months ago 

Diterjemahkan dari Nutbox Global Ambassador Program | Nutbox全球社区大使计划

image.png

Nutbox telah menjadi sesuatu komuniti antarabangsa sejak hari pertama ia dilahirkan. Sekarang, beberapa rakan juga sangat berminat dengan duta Nutbox. Oleh itu, kami telah melancarkan Program Duta Global Nutbox.


Mekanisme Pertumbuhan

Duta Junior (3 bulan) —— Kumpulan Kerja (3 bulan) —— Duta Senior (3 bulan) —— Duta Perwakilan Kawasan

Permohonan

Terbitkan permohonan untuk menjadi duta di klien blokrantai Steem (steemit.com, WhereIN, blog.nutbox.io, dll.).

  • Kandungan harus merangkumi perkara berikut:
    • Pengetahuan tentang Nutbox
    • Kenapa anda ingin menjadi Duta Nutbox
    • Rancangan sebagai duta
    • Sokongan diperlukan
    • Hubungi: Discord atau Telegram
    • Tambah teg: nutbox-Ambassador

Duta Junior

Jawatankuasa Nutbox.DAO akan mengatur pertukaran ringkas untuk menyatukan jangkaan kedua-dua pihak berdasarkan Upvote dan komen kat posting permohonan anda. Pemohon yang telah menjalani wawancara telefon akan memasuki tempoh perantisan selama tiga bulan. Sepanjang tempoh ini, anda akan berpeluang untuk membincangkan kemajuan anda dengan ahli pasukan teras, menetapkan matlamat dan bekerjasama dengan duta lain.


Kumpulan Kerja

Pemohon yang telah menyelesaikan "Tonggak Sejarah" selepas perantisan duta sepanjang 3 bulan akan lulus dan dibenarkan menyertai Kumpulan Kerja berdasarkan kepakaran, minat-minat dan keinginan anda untuk terus berinteraksi dengan pasukan dan berkembang.

  • Pengelasan Kumpulan Kerja
    • Pasukan Terjemahan
    • Perjumpaan (Meetup) Luar Talian
    • Aktiviti Dalam Talian dan Pengurusan Kumpulan
    • Kumpulan Teknologi

Duta Senior

Pemohon akan dinaikkan pangkat menjadi Duta Senior atau Ketua Pasukan apabila anda telah menyambung dalam kumpulan kerja sekurang-kurangnya 3 bulan.


Duta Perwakilan Kawasan

Setelah 3 tempoh (9 bulan), anda boleh menjadi Duta Perwakilan Kawasan Nutbox mengikut keinginan dan pencapaian tonggak sejarah anda.


Apa yang Perlu Anda Buat?

  • Dalam peranan duta, anda dapat menunjukkan kemahiran dan bakat anda dengan pelbagai cara, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    • Menyumbang kod berkaitan ekologi dan / atau memperbaiki dokumentasi
    • Menasihatkan Nutbox dalam persidangan, bengkel dan perjumpaan
    • Membentangkan projek ekologi Nutbox penting di kawasan anda
    • Sangat menyambut dan membimbing ahli baru platform
    • Menemukan kepeluangan kerjasama dan bentuk lain yang boleh disertai oleh Nutbox
    • Mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dapat mempromosikan pembangunan ekologi Nutbox

Insentif dan Timbal Balas

  • Menerbitkan cadangan duta dan memohon insentif suku tahun dengan Nutbox DAO Fund
    • Nutbox DAO Fund merancang untuk menggunakan 10% PNUT dari nutbox.dao untuk menyokong rancangan duta, sedang menunggu pencadangan dan pengundian komuniti
  • Posting berkaitan Nutbox berpeluang untuk mendapatkan Upvote dan sokongan dari @wherein @ nutbox.mine
  • Penyertaan acara secara percuma: peluang ucapan rasmi dalam acara-acara, produk khusus terhad Nutbox dll
  • Peluang untuk menjadi ahli pasukan teras Nutbox
  • Pertukaran Antarabangsa
  • Mesyuarat komuniti duta sedunia akan diadakan dalam talian secara berkala
  • Bekerjasama dengan duta-duta sedunia
Adakah anda sudah bersedia?
Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Good luck.

Thanks, you too!